Info Solat : Cara Membaca Surah Pendek dalam Solat
Jika anda solat bersendirian, hukumnya adalah harus untuk anda membaca apa-apa juga surah walau sepanjang mana pun, janji anda mampu untuk membaca (tidak membebankan).
Jenis Surah
Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menentukan mana-mana solat dengan surah tertentu, kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Maka dengan itu, anda bebas membaca apa-apa jua surah bagi solat-solat fardu.
Kaedah Bacaan
Baginda s.a.w membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam satu solat samada panjang ataupun pendek. Baginda juga kadang-kadang menggunakan dua rakaat bagi menamatkan sesuatu surah agar tidak terlalu panjang. Ada kalanya juga Baginda membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para malaikat.” ( Al-Mughni, jil.2, halaman 42)
Membaca surah Mengikut Tertib Surah
Adalah lebih elok memaca mengikut susunan al-Quran. Ini kerana susunan itu datang dari Allahs.w.t Malah kurang terdapat athar yang menunjukkan kurang elok mengabaikan susunan tertib surah ini, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Ibn Mas’ud: “ Sesungguhnya ditanyakan Umar al-khattab r.a. berkenaan mereka yang membaca al-Quran yang tidak mengikut tertibnya ( dalam solat ). Jawab Umar;. “Itulah orang terbalik hatinya. “ (Riwayat al-Tabarani )
Bagaimanapun, jika ada yang mambaca tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram.
( Dipetik dari majalah SOLUSI isu-36 )
No comments:
Post a Comment