Tentang 69 Gallery :
` Perniagaan online.
` Menjual pelbagai barangan baru dan terpakai ( dijamin berkualiti ).
` Tempahan dan proses pembelian melalui email (sixtyninegallery@gmail.com), sms atau telefon ( 016-7892907 - faizal )
` Pembayaran melalui akaun maybank dan public bank.
` Harga setiap barang tidak termasuk kos penghantaran (pos laju ).
` Penghantaran hanya dibuat pada hari Khamis sahaja.
` Sebelum penghantaran dibuat, kualiti barang akan dipastikan dalam keadaan baik.

Thursday 17 November 2011

BARU terniat tapi dah DAPAT…
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“ Allah berfirman: ‘ Jika hamba-Ku berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan menulis untuknya satukebaikan selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, Maka Aku mencatatnya dengan 10 kali ganda. Jika ia berniat melakukan keburukan, maka Aku mengampuninya selagi ia belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku menulis untuknya yang semisalnya.’
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “ Para malaikat berkata: ‘ Wahai Tuhanku, hamba-Mu ini berniat melakukan keburukan, padahal Dia lebih mengetahuinya.’ Allah berfirman lagi: “ Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-Ku.” (Riwayat Muslim)

Cara Rasulullah makan…
Ka’ab Bin Malik meriwayatkan: “ Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakanke tiga-tiga jari Baginda. Usai makan, Baginda menjilat ketiga-tiga jarinya.” (Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Keadaan Manusia Di Akhir Zaman…
Baginda bersabda yang bermaksud: “ Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala.” Ada orang yang bertanya: “ Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?”
                Baginda menjawab:
1.       Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja.
2.       Amanah di anggap satu peluang untuk mengaut keuntungan duniawi.
3.       Membayar zakat dianggap stau kerugian.
4.       Lelaki patuh kepada isteri.
5.       Lelaki derhaka kepada ibunya.
6.       Mengutamakan kawan.
7.       Menjauhkan diri daripada  bapa sendiri.
8.       Meninggikan suara di dalam masjid ( bergelak ketawa dan bertengkar atas perkara duniawi).
9.       Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat.
10.   Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
11.   Ramai orang minum arak.
12.   Ramai lelaki memakai sutera.
13.   Penyanyi wanita digemari.
14.   Alat-alat muzik diminati ramai.
15.   Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu.

Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun suatu perubahan yang besar.”( Riwayat al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment