Tentang 69 Gallery :
` Perniagaan online.
` Menjual pelbagai barangan baru dan terpakai ( dijamin berkualiti ).
` Tempahan dan proses pembelian melalui email (sixtyninegallery@gmail.com), sms atau telefon ( 016-7892907 - faizal )
` Pembayaran melalui akaun maybank dan public bank.
` Harga setiap barang tidak termasuk kos penghantaran (pos laju ).
` Penghantaran hanya dibuat pada hari Khamis sahaja.
` Sebelum penghantaran dibuat, kualiti barang akan dipastikan dalam keadaan baik.

Monday 21 November 2011

Ganjaran Buat Orang Soleh
“ Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Allah berfirman ‘Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.’ “
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Rasulullah Gemar Pakaian Putih
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang yang masih hidup antara kalian, hendaklah memakai pakaian putih. Dan orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian,”
( Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan  solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang megimami solat bersama orang lain. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa dengan kayu terikat, mendatangi kaum yang tidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.”
( Riwayat al-bukhari dan Muslim )

No comments:

Post a Comment